Halaman ni saya bangunkan untuk peminat ikan seperti saya. Saya pernah bela beberapa jenis ikan yang cerewet seperti Arowana (tapi sekarang dah arwah).
Dalam page ni kita akan timbulkan isu mengenai jenis dan penjagaan ikan hiasan. Jadi, sesiapa yang nak cerita yang ikan dia best, dipersilakan. Kalau ada masalah pasal penyakit-penyakit ikan pun kita boleh timbulkan di sini dan kita sama-sama bincangkan berdasarkan pengalaman masing-masing.
Setakat ni, saya dan isteri sejak kematian ikan Arowana membela ikan emas dan koi. Dua-dua bela dalam rumah.
Korang bela ikan apa? Boleh la share cerita dan pengalaman bela ikan. Kalau ada gambar lagi cantekkkk!!!
akum…
gua ada bela ikan jugak…ikan laga seekor je cuma gua nak tanya lah macam mana nak beza ikan gua tu jantan ke betina?
Mencabar betul soalan si bazinjan ni…
utk pengetahuan bazinjan.
ikan laga jantan ekornya panjang dan berwarna warni.
manakala yg betina pula ekor pendek…biasanya badannya cuma ada satu warna.
Apa beza antara ikan buntal dewasa dengan ikan buntal kanak2?
satu besar, satu kecil
anyway, dua-dua buntal
kat umah aku ada bela ikan kap emas 3 ekor size sederhana dlm 6 inci… 3 ekor kecik lagi… ikan emas 2 ekor.. tigerbab 3 ekor… dan seekor silver arowana (akuarium lain le, klu x abis la ikan kap dgn ikan emas aku..) sebenarnya arowana tu aku baru je beli ujung bln 11 ari tu… kira baru nak belajar bela ikan jenis ni la…. memang syok pun….!!! tengok die ke hulu kehilir…perrggghh… layan beb…
sape2 yg pandai jaga ikan arowana ni turunkan la tips ckeeettt…..
bela arowana kena tukar air tiap2 minggu… sekurang2nya tukar 1/3 daripada tangki akuarium tu… jangan lupa letak garam kasar segenggam untuk akuarium 4 kaki…
skg ni aku taruk garam aqua yg warna biru tu…. pas tu anti klorin, anti bakteria, dgn blackwater….. hmm… x pe ke letak sumer ubat2 tu???
semua tu mengarut… yang paling penting garam dengan anti-klorin… anti bakteria tu mengarut dan blackwater pun mengarut… aku dah pakai semua tu… kalau nak kasi kaler cantik, kontrol pada pemakanan… kasi makan lipas, lipan, etc… kawal bakteria sebenarnya guna garam dan tukar air tiap minggu… cara lain kurang relevan la…
Ooooo… ye ke…. tengkiu…tengkiu…… hehehe…
emm…. x yah le aku perabih duit buat beli bendealah tu lagik pas nih…
errr camner nak attach gambar Padli?
blog ni sebenarnya dah tak aktif.. jom la layan facebook…add aku kat mfadzli@yahoo.com…. dulu aku bela arowana dari beso jari kelingking sampai la besar lengan… last2 mati sebab bakteria… black water, EM dan macam2 ubat semua tu mmg tambah penyakit je… baik takyah pakai… yg penting jaga air mesti bersih, moto dan buih mesti kuat baru dia segar
da x aktif ke? alaaa… topik best ni….
btw time kasih diatas petua dan khidmad nasihat…. aro aku pun dari 4 inci skg ni dh 6 inci!! kuat mentekedarah….!!!
thanks bro…