Tentang blog ini…
Blog ini dibangunkan untuk semua peringkat umur. Pada asalnya saya fikir nak buat blog bagi buku hasil karya saya yang diterbitkan oleh PTS Millennia iaitu Siri Chit Chat Remaja. Tapi, lebih baik kita open je supaya semua orang dapat menyumbang idea, pandangan, luahan masalah dan sebagainya. Saya harap blog ini juga akan menjadi platform untuk maklum balas mengenai buku-buku saya.
Kalau boleh jika blog ini mendapat sambutan, saya berhasrat nak tubuhkan sebuah kelab CCremaja. Tapi tak bermaksud yang dah bapak-bapak atau mak-mak tak boleh join. Boleh juga jadi pemimpin dan penasihat. Remaja kita perlukan idea yang lebih matang dan ruang untuk membangkitkan potensi.
Saya Mohd Fadzli Abu Bakar, dilahirkan di Johor Bahru pada 22 Julai 1979. Saya seorang Sarjana (M.A.) dalam bidang Psikologi Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Saya mendapat pendidikan awal peringkat sekolah menengah di Madrasah al-Attas al-Arabiah Johor dan seterusnya melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana Muda (B.A.) di Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin.
Dalam bidang penerbitan, saya mula cuba-cuba menulis sejak di universiti pada tahun 2002 dengan menulis buku agama. Selanjutnya saya terus menceburi bidang penterjemahan buku-buku berbahasa Arab kepada Bahasa Malaysia.
Dalam bidang kerjaya, beliau terlibat dalam skop tugas-tugas khas penyelidikan. Beliau terlibat secara langsung dengan penyelidikan isu-isu semasa, penyelenggaraan laman web, pengurusan seminar, penulisan artikel, kerja kerja, buku, rencana, editorial penerbitan buletin dan penulisan teks-teks rasmi.
Saya juga adalah ‘lecturer’ separuh masa bagi Pusat Bahasa dan Pengajian Am Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Johor Bahru.
Dalam penulisan buku-buku remaja, saya sudahpun berjaya menghasilkan Siri Chit Chat Remaja. Buku ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada pada pembaca remaja, bahkan disambut baik juga oleh golongan dewasa. Siri yang berkesinambungan ini menjadi penantian bagi para pembaca yang pernah memiliki salah satu ataupun lebih buku daripada siri ini. Sejak awal tahun 2006, lapan buah siri ini telah diterbitkan termasuk buku ini. Buku-buku itu adalah:
1. Siri Chit Chat Remaja mengenai Sahabat
2. Siri Chit Chat Remaja mengenai Ibu Bapa
3. Siri Chit Chat Remaja mengenai Langkah Kejayaan
4. Siri Chit Chat Remaja mengenai Masa
5. Siri Chit Chat Remaja mengenai Potensi Diri
6. Siri Chit Chat Remaja mengenai Diet
7. Siri Chit Chat Remaja mengenai Gaya Hidup
8. Siri Chit Chat Remaja mengenai Sayangi Diri
Kini, selain menjalankan tugas-tugas dalam kerja, saya masih terus menjayakan Siri Chit Chat Remaja ini bagi tujuan penerbitan akan datang yang berkesinambungan. Para pembaca bolehlah terus menanti terbitan siri akan datang yang bakal menyusul. Saya juga memiliki pengetahuan dalam bidang kaunseling dan terlibat dalam penulisan buku kaunseling serta bimbingan dan kerjaya.
Oh ya, bahan-bahan dalam blog ni adalah hasil idea dan kamera saya sendiri kecuali setelah saya minta kebenaran untuk menggunakannya. Ia tidak berkaitan dengan mana-mana pihak secara langsung.

salam,
Wah, orang johor juga?
Saya berminat untuk menyertai tuan dalam bidang penulisan…Boleh ?
InsyaAllah…boleh buat penulisan bersama… kita buat brain storming untuk hasilkan satu pembaharuan dalam penerbitan… Saya juga perlu sokongan orang seperti anda… thanx
Tahniah atas kejayaan menghasilkan blog ini. Satu permulaan yang bakal memberikan sumbangan kepada pembangunan remaja di negara ini, insya Allah :)