BOLEH ke kita warnakan rambut dengan dye? Ramai orang kata boleh, sebab pada kotak dye rambut tu terdapat cop “HALAL” yang sah. Betul ke ia halal dipakai? Jangan terkeliru…
Mari kita perhatikan sama-sama. Sebagai orang Islam, ada waktunya kita perlu bersuci hadas besar (mandi junub) ataupun hadas kecil (berwuduk) untuk menunaikan ibadah-ibadah wajib serta sunat. Antara syaratnya ialah MERATAKAN AIR ke seluruh badan bagi mandi junub ataupun anggota tertentu bagi wuduk. Hukum sahnya bersuci itu menentukan ibadah kita sah ataupun tidak. Kalau mandi junub tak sah, maka selama itulah ibadah fardhu kita tidak diterima.
Jika badan kita bernajis pun, solat kita tidak sah.
Saya tak nafikan bahawa dye rambut yang bercop “halal” adalah halal. Ia bebas daripada bahan-bahan yang tidak dibenarkan oleh Islam seperti najis. Maknanya, ia tidak membatalkan solat kerana ia tidak najis.
TETAPI jika dipakai, dye menyalut rambut kita dan ia menghalang air ketika wuduk dan mandi junub. Mengapa saya kata ia menyalut, sedangkan ramai orang kata ia menyerap? Sebab dye boleh ditanggalkan dengan kaedah “bleach”. Bermakna ia adalah satu lapisan pada rambut yang boleh ditanggalkan.
Kalau air tak rata, apa hukum mandi junub dan wuduk kita? Kalau dah bertahun rambut berkarat, agaknya berapa tahun kita tak solat ataupun solat kita sia-sia? Apa pandangan korang? Nak warnakan rambut juga? Mungkin boleh guna inai (henna) sebagai alternatif. Lagipun ia sunnah nabi. Apa bezanya dengan dye rambut?
INAI= suci dan menyerap
DYE = suci dan menyalut
Filed under: Umum
actually sesetengah org yg dye rmbt ni..diorang sker ikut trend ataupun pengaruh kawan.mungkin bg diorang inaikan rmbut x boley dpt yg warne yg kiter nk warnekan cthnye mcm gmbr kat ats tu.atau pun dlm erti kate lain xde “style”.
Alah… tapi kalau rambut kita warna merah sikit2 (guna inai) pun ok juga… if orang tanya, “kau dye rambut ke?”… Jawab la, “Eh tak lah, ni rambut semulajadi ni beb… hehehe, aku kan darah mix…”
ok cite pasal dye ni..sekarang ade dye yg tak menyelaput lagi..malah tindakan nye sama ngan inai..so mcm mana tu..sbb klu kite bace kitab seikh ali jumaah ..die kate mubah bagi yg nk dye rambut gune dye..so sekarang kite kate leh warnekan rambut..tp kene tgk gak ape tujuan kite?nak melawa ke nak melaram ke nak menunjuk?
ehehe
pikir sendri..
salam
couldn’t agree more. exactly the same point i’ve been arguing with some female friends. Ramai salah fhm konsep halal kat kotak/packaging dye.
btw sucagwale, mana nak tau ek dye tu jenis meyerap ke menyalut ke ek? /me tak penah belek dye, so tatau. kalo ada dye yg menyerap, nak gak dye rambut. haha.. *joking*
saye pakai dye kat baju…mase sekolah dulu
simple suggestion:
teenagers yg dye rmbt ni x geti syukur dgn kejadian tuhan??
sape setuju?? :D